Sunday, September 13, 2009

Thursday, July 16, 2009

Wednesday, June 24, 2009

Friday, June 12, 2009

Accident Involving Hydraulic Piling Machine

Gambar 1: Mesin cerucuk hidraulik di kawasan kemalangan

Satu kemalangan telah berlaku pada 20 Mei 2008 pada lebih kurang jam 8:00 malam ketika kerja-kerja penanaman cerucuk sedang dijalankan. Ia berlaku di sebuah tapak projek pembinaan bangunan yang bersebelahan dengan kawasan parkir awam. Penyiasatan mendapati terdapat sebuah jentera cerucuk hidraulik (model YZY 240) yang dilengkapi dengan kren dan alat penekan cerucuk hidraulik telah digunakan untuk kerja-kerja penanaman cerucuk konkrit. Jentera ini diletakkan lebih kurang 2 meter dari pengadang tapak bersebelahan dengan parkir kenderaan. Pada hari kejadian, sebuah cerucuk konkrit seberat 2.8 tan dan berukuran 12 meter panjang, 300mm lebar dan 300mm tebal, telah terjatuh dan menghempap dua buah kenderaan. Hasil penyiasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku disebabkan oleh kegagalan pada bahagian rod keluli cuping mengangkat dan anduh yang digunakan untuk membelit cerucuk.

Cadangan:

1.Pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan langkah-langkah kawalan hendaklah dilaksanakan sebelum menjalankan aktiviti kerja penanaman cerucuk.2.Pencahayaan amat penting untuk kerja-kerja yang dijalankan pada waktu malam. Sekiranya tiada keperluan mendesak, kerja penanaman cerucuk sepatutnya hanya dijalankan pada waktu siang hari.3.Cara mengangkat yang selamat hendaklah sentiasa dipraktikkan. Penggunaan spreader device amat perlu bagi menentukan kestabilan cerucuk konkrit ketika proses mengangkat untuk dimasukkan ke dalam mesin penekan hidraulik.Ini memudahkan cerucuk dimasukkan ke dalam alat penekan hidraulik dan cerucuk juga tidak tersangkut pada bum kren memandangkan jarak kelegaan di antara cerucuk dan bahagian bum kren adalah terlalu rapat.4.Rod keluli pada cerucuk konkrit, sling dan perkakasan mengangkat hendaklah sentiasa diperiksa setiap kali sebelum kerja-kerja mengangkat dimulakan. Peralatan mengangkat yang telah rosak adalah dilarang dari digunakan di dalam aktiviti mengangkat. Di samping itu, sambungan menggunakan anduh ataupun belenggu dengan cuping mengangkat perlu betul dan dipastikan selamat untuk kerja mengangkat cerucuk konkrit tersebut.5.Komunikasi di antara operator kren dan signalman amat penting untuk kerja-kerja penanaman cerucuk:a)Signalman yang dilantik hendaklah seorang yang terlatih bagi membolehkannya berkomunikasi dua hala dengan baik dan memberikan maklumat yang tepat kepada pemandu kren.b)Pemandu kren perlu memastikan bahawa kren dan peralatannya serta cerucuk yang diangkat sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat.

Monday, June 1, 2009

KESELAMATAN MOTOSIKAL DI ATAS JAMBATAN PULAU PINANG

KAKITANGAN jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang dua dan tiga inci ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan yang berlipat kali ganda apabila tayar motosikal mereka bocor. Keprihatinan kakitangan Jambatan Pulau Pinang amat dihargai kerana berusaha mengurangkan kejadian tayar bocor diatas Jambatan Pulau Pinang berterusan.

Peronda kutip paku: Kakitangan Jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang lima dan tujuh sentimeter itu ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor.
Foto : Asman Ibrahim BERITA HARIAN

Thursday, May 28, 2009

Tak boleh rahsiakan kemalangan pekerja

Tak Boleh Rahsiakan Kemalangan Pekerja Dari Pihak JKKP
Takut imej terjejas punca majikan tak lapor
Oleh Hussain Said
REMBAU: Kementerian Sumber Manusia mengingatkan majikan supaya tidak merahsiakan kemalangan yang berlaku di tempat masing-masing, sebaliknya melaporkan terus kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Timbalan Menterinya, Datuk Maznah Mazlan, berkata tindakan majikan merahsiakan kemalangan yang berlaku boleh mengakibatkan mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
Beliau berkata, 50 peratus daripada 120 kes pendakwaan majikan di mahkamah tahun lalu bersangkutan kegagalan mereka melaporkan kemalangan yang berlaku di tempat masing-masing. "Denda tertinggi ke atas majikan yang melakukan kesalahan itu ialah RM100,000," katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Di Sektor Pertanian dan Penternakan peringkat Negeri Sembilan di Institut Latihan Perindustrian, Pedas, dekat sini, semalam. Maznah berkata, antara faktor majikan tidak melaporkan kemalangan kerana bimbang dikenakan tindakan dan khuatir imej mereka akan terjejas jika kemalangan yang berlaku itu dilaporkan di media.
"Kita mahu majikan melaporkan kemalangan bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca ia berlaku sekali gus membantu mereka menguruskan kemalangan supaya kejadian itu tidak berulang," katanya. Maznah berkata, mengikut statistik JKKP, 44,918 kes kemalangan membabitkan pekerja dilaporkan berlaku tahun lalu dengan 746 kematian. "Kadar kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja ialah 4.2 peratus atau bersamaan empat orang. Angka ini agak tinggi dan kita mensasarkan ia dapat dikurangkan bawah empat peratus,” katanya.

Wednesday, May 27, 2009

Kasut Tumit Tinggi Bahaya-CAP

PULAU PINANG - Berkasut tumit tinggi memang kegemaran sebahagian besar wanita kerana selain menjadi sebahagian daripada fesyen, penampilannya akan nampak lebih bergaya dan elegan apabila mengenakan kasut bertumit tinggi.Bagaimanapun, kecenderungan ini boleh mengundang bahaya dan masalah kesihatan lebih-lebih lagi bagi wanita hamil.Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris berkata, kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.Katanya, CAP juga mendapati kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.''Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.Menurut beliau, berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.''Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan,'' katanya.Jelasnya, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.''Sehubungan itu CAP menasihati kaum wanita agar berhenti menyeksa tubuh mereka dengan mengelak kasut tumit tinggi yang boleh menyelamatkan diri daripada mengalami pelbagai masalah kesihatan,'' jelasnya.

Sunday, April 12, 2009

Sunday, February 22, 2009

Environmentally friendly

AS PILING works for the RM4.5bil second Penang Bridge project starts picking up, steps are being taken to ensure mud-dredging of the seabed in the area do not pollute the environment.State Health, Welfare, Caring Society and Environment Com-mittee chairman Phee Boon Poh said mud dredged along the bridge’s alignment between Batu Maung on the island and Batu Kawan in Seberang Prai, was carefully disposed about nine nautical miles southwest of Pulau Kendi.“The Penang Mud Disposal Special Technical Committee picked this off-shore site, which has a depth of 30m,” he said in an interview on Friday. He said the state executive council approved the site, adding that the mud disposed there would not affect the area’s fishing and nearby tourism industries.Phee said the sea, which was merely a metre deep in some spots along the bridge alignment, had to be deepened to enable the movement of barges transporting piles to the project site.
A barge crane lifting a boat used for transporting workers and material for the project.He said Bayan Lepas assem- blyman Syed Ameruddin Syed Ahmad raised concerns at the recent state assembly sitting that mud sedimentation from the dredging work could be seen along the banks near Teluk Kumbar.“The DOE investigated the matter and found that there was no illegal mud dumping from the project along the particular stretch,” he said.Phee assured that project contractor and the Malaysian Maritime enforcement agency were closely monitoring all dredging work in the area.The Department of Environment (DOE) which approved the project’s Environmental Impact Assessment (EIA) report, he said, also conducted regular air and sea surveillance on the site.“The DOE has even requested the contractor to use an automatic identification system on all of its 14 barges used to transport mud to keep track of its activities via online and Global Positioning System (GPS),” he said.
The quarters-cum-site office for the Penang Second Link Project is moored about 500 metresoff Pulau Aman, Penang.State Public Works, Utilities and Transportation Committee chairman Lim Hock Seng said dredging works at the site would continue so long as the barges needed to ferry the piles to the designated spots to lay them.“The second bridge project is progressing well and is on schedule. So far about 100-odd piles have been laid in the sea,” he said.Lim said the contractor had also docked a gigantic floating operations centre-cum-workers quarters about 500 metres off Pulau Aman to facilitate the deploying of small barges to the project site.The company in charge of laying the bridge’s foundation, China Harbour Engineering Company Ltd, had in March said that the project was about 10% complete and that piling work started in February.It said the piling and dredging work involved more than 350 workers, 100 of whom were locals.Scheduled for completion by May 2012, the 22.5km-long second link, of which 17km will be built over the sea, is targeted at reducing the traffic volume on the Penang Bridge by half.