
KAKITANGAN jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang dua dan tiga inci ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan yang berlipat kali ganda apabila tayar motosikal mereka bocor. Keprihatinan kakitangan Jambatan Pulau Pinang amat dihargai kerana berusaha mengurangkan kejadian tayar bocor diatas Jambatan Pulau Pinang berterusan.
Peronda kutip paku: Kakitangan Jambatan Pulau Pinang bahagian peronda mengutip paku dengan menggunakan magnet yang dipercayai ditabur oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Paku sepanjang lima dan tujuh sentimeter itu ditabur di lorong motosikal sebelum plaza tol menuju ke pulau. Dipercayai ada individu yang mengambil kesempatan mencari keuntungan berlipat ganda apabila tayar motosikal bocor.
Foto : Asman Ibrahim BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment